Monday, June 20, 2011

4 Perkara Yang Membawa Kebahagiaan

semalam semasa tgk tV, saya ada ternampak sebuah hadis kt credit satu drama ni... 1st time aku dgr hadis ni, so aku pun cepat2 la cari dlm internet, rupa2nya mmg rasulullah pernah bersabda mengenai perkara ini..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:

Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik 
dan kenderaan yang selesa.!”

Huraian

i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan 
oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen 
asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah
-iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan 
keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

semoga aku pun jadi s0lehah mcm ni.. =)


b) Rumah yang luas
-yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan 
keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran 
dengan baik dan tenang.

rumah idaman...

ruang yg luas


c) Jiran yang baik
-kerana jiran merupakan orang yang paling rapat 
selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin 
keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu 
boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi
dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

jiran yg baik.. =)


d) Kenderaan yang selesa 
-kerana ia memberikan kemudahan 
dalam segala urusan.

kereta yg selesa utk saya mestilah Automatik.. kalau manual,
mahu bengkak kaki hari2 dalam  traffic jam.. =P

Kia F0rte impian ku...lalala~~~


ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah 
berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir 
ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai 
punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman 
dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, 
tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana 
dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

No comments:

Post a Comment