Friday, December 24, 2010

Dysmenorrhea ...

Hari ni aku mengalami sakit perut yang amat...tp aku bertahan jgk sbb ada keje yg perlu di siapkn... lg pun benda ni sering datang tiap bulan wlupun kadar kesakitan perut ni berlainan...ada kwan aku yg akan makan pil apabila sakit..
aku pun pnh jgk makan pil thn sakit.. sbb ada masa tu aku langsung xblh nk bt keje klu sakit ni datang..sbb skt sgt2. pnh jgk aku jmpe dr sbb bnda ni..tp dia ckp dia xblh cek sbb aku blm kahwin..so dia bg ubt thn sakit je...tp mama aku ckp "xkn nk bergantung dgn ubat sampi tua..." bt0l jgk apa yg mama aku cakap tu.. aku pnh cite denagan 'mak' aku psl ni..so mak aku bagi air kelapa yg di bkar atas api utk lega kn sakit prut ni...n after bpe bln aku amalkn, mmg ok..tp aku ni ssh nk maintainkn cari air kelapa c0z aku ddk jauh dr 'mak' aku tu..(wlupun b4 ni ank mak aku tu yg slalu amikkn kelapa nk bkrkn utk aku..hehe..tQ  ank 'mak'..)  ada kwn aku plk bg cadangan minum air coke@pepsi utk reda kn peredaran darah tu... tp aku xminum air coke..so aku bt solution sndri utk amik 100plus utk alternatif dia... (air gas jgkkn..)



so, aku cari ckit infomasi utk mencari solution sakit aku ni.... kepada kawan2 yang mempunyai ganguan bulanan macana aku,  marilah kte sama2 baca info ni yang aku dapat dari blog seorang kawan ku... 

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atay 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.



BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05

No comments:

Post a Comment